Showing posts with label Jual Kredit. Show all posts
Showing posts with label Jual Kredit. Show all posts

27 November 2020

Berita baik! Apps Aamobile kini tersedia.

 Hello semua,

Berita baik untuk semua agen topup, kini syarikat Benzmobile telah menyediakan Aplikasi Aamobile untuk memudahkan semua transaksi topup, pembayaran bil, tambah modal, dan semak transaksi topup. Semua tersedia melalui satu aplikasi sahaja. Kini anda juga boleh mencetak resit melalui handphone anda. Anda boleh beli printer bluetooth di Shopee atau Lazada dengan harga yang murah.



Untuk yang pertama kali menggunakan aplikasi ini dibawah ini admin tunjukkan caranya. Sila download dahulu aplikasi ini dari Playstore (tersedia untuk pengguna android sahaja untuk masa ini).

Link aplikasi AAmobile : AAMobile Topup Apps







Berikut adalah antara contoh transaksi yang telah admin guna dan cuba.


Semak transaksi yang telah dibuat


Menu yang tersedia di dalam aplikasi Aamobile 



Membuat pindahan modal kepada downline


Contoh resit yang boleh dicetak menggunakan printer bluetooth


Bagi agen-agen yang ingin menyemak semua transaksi penuh akaun topup anda, boleh pergi ke webreporting Aamobile di Web Report

Contoh web reporting Aamobile



Okay, selamat berniaga semuanya.. Bagi yang ada pertanyaan boleh direct Whatsapp admin atau chat di Telegram (+60178625835)

Terima kasih.








15 May 2012

Apa itu sistem topup Autoreload dan Agen Topup?



Sedikit info berkenaan topup autoreload. Teruskan membaca.

Topup autoreload ialah satu sistem yang diprogramkan oleh sebuah syarikat melalui server 24jam yang berfungsi untuk menambah kredit telefon secara auto bukan secara manual (iaitu sistem kad prepaid yang perlu diguris untuk dapatkan no pin reload dan kemudian mengikut arahan-arahan tertentu sebelum kredit telefon berjaya ditambah).

Sistem autoreload ini boleh berada dalam telefon bimbit anda dan ia boleh berfungsi menambah nilai pelbagai telco seperti celcom,Maxis,Digi, Umobile,XOX dan sebagainya.Anda hanya perlu menaip SMS khas dan menghantarnya ke nombor server yang telah ditentukan.Ia ibarat kedai bergerak anda yang boleh dibawa ke mana-mana anda suka.

Agent topup ialah individu yang menyediakan perkhidmatan topup kepada para pelanggan. Terdapat beberapa perbezaan ketara antara agent topup dengan kedai topup itu sendiri.

Agent Topup dapat menyediakan perkhidmatan topup tanpa had selama 24 jam sehari dan 365 hari setahun. Berbeza dengan kedai topup yang hanya menyediakan perkhidmatan ini dalam waktu tertentu sahaja.

Agent topup boleh membuat servis topup di mana mana sahaja mereka berada. tidak perlu lagi bersusah payah berjalan ke kedai semata-mata ingin membeli topup. 

Agent Topup dapat menjana pendapatan sampingan. Jika anda seorang pelajar, sudah tentu anda perlukan sumber kewangan sokongan untuk kegunaan sendiri bukan? jadi,inilah masanya. Dengan menjadi Agen Topup dan mendaftar kan beberapa downline, anda dapat mewujudkan ruang ekonomi anda sendiri. sangat mudah, tidak perlu bekerja membanting tulang empat kerat untuk mencari duit.

Fakta yang harus anda ketahui ialah, lebih 90% rakyat di Malaysia ini menggunakan sistem prepaid dan bukannya post paid. Setiap hari, ramai pengguna yang memerlukan topup untuk hand phone mereka. Ianya tidak menjadi masalah pada waktu siang. tapi bila malam? semua kedai sudah tutup. di mana mereka mahu mencari topup?

Ini lah peluang anda. Daftar sebagai agent topup dan bantu mereka yang memerlukan. Sedia kan perkhidmatan topup untuk para pengguna dan jana pendapatan sampingan.