Soalan Lazim



Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh ahli etopupBiz dan juga individu yang berminat untuk mendaftar.

1] Adakah saya perlu membeli nombor telefon baru (SIM Card) untuk mendaftar sebagai agen etopupBiz?

TIDAK PERLU. Anda boleh menggunakan no. telefon yang sedia-ada atau yang anda gunakan sekarang untuk pendaftaran TETAPI hanya nombor Celcom, Maxis & Digi SAHAJA yang boleh digunakan untuk mendaftar dengan kami. Namun sekiranya anda ingin menggunakan talian atau nombor telefon yang baru atau menggunakan nombor dari talian selain Celcom,Maxis Dan Digi, anda boleh menggunakan nombor baru.

2] Adakah cara lain untuk agen melakukan transaksi selain daripada menggunakan SMS?

YA. Anda boleh menggunakan  Messenger / Telegram / Hangout. Untuk membolehkan anda menggunakan Messenger / Telegram / Hangout untuk jualan, anda bolehlah menghubungi careline untuk mendaftar dengan server.

3] Jika saya tersalah memasukkan nombor telefon pelanggan ketika membuat jualan, adakah kredit tersebut boleh ditarik(rollback)?

TIDAK BOLEH. Jika anda telah menghantar transaksi jualan tambah nilai ke server dan berstatus berjaya, kredit tambah nilai tersebut tidak dapat ditarik (rollback). Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas kerugian yang dinyatakan. Pastikan nombor telefon pelanggan diisi dengan betul dan disemak berulang kali sebelum dihantar ke server.

4] Adakah modal kredit jualan mempunyai had atau tempoh sah?

TIDAK ADA. Modal kredit jualan tidak mempunyai had tempoh sah, tarikh luput atau sebagainya. Jika modal kredit jualan anda tidak mencukupi, anda hanya perlu membuat penambahan modal bagi membolehkan anda terus melangsungkan jualan kepada pelanggan.

5] Adakah server Benzmobile beroperasi 24 jam?

YA. server beroperasi selama 24 jam @ 365hari secara automatik. Anda boleh melakukan urusan jualan dimana sahaja dan pada bila-bila masa.

6] Berapakah tempoh masa menunggu untuk satu transaksi jualan diproses?

Kebiasaannya, server akan memproses segala transaksi topup sepantas 3 saat. Transaksi yang mengambil tempoh melebihi 10 minit tidak akan diproses. Agen akan mendapat SMS / chat permberitahuan samada status transaksi ke nombor pelanggan anda berjaya atau gagal.

7] Adakah pihak Benzmobile membenarkan penggunaan nombor pascabayar (postpaid) untuk pendaftaran?

YA. Sekiranya anda menggunakan talian pascabayar

8] Adakah saya perlu memperbaharui pendaftaran pada setiap tahun?

TIDAK. Pendaftaran adalah SEKALI SAHAJA seumur hidup dan tidak perlu diperbaharui.

9] Berapakah tempoh masa yang diambil bagi penambahan modal jualan ke akaun modal ahli?

Dalam tempoh 4jam dari masa anda menghantar mesej claim deposit ke server. Masa diperlukan untuk menyemak kesahihan maklumat pembayaran yang diterima. Pastikan maklumat yang di berikan adalah tepat dan mengikut resit yang dikeluarkan pihak bank. Sila hubungi talian HELPLINE sekiranya anda menghadapi sebarang masalah.

10] Saya ialah seorang pelajar. Bolehkah saya mendaftar sebagai agen etopupBiz?

BOLEH. Selagi tidak menganggu prestasi dan fokus pembelajaran anda, kami tiada sekatan kepada anda untuk menjana pendapatan sampingan.

11] Saya tidak mahu menjual topup, tetapi saya mahu mendaftar untuk kegunaan sendiri. Adakah pihak etopupBiz membenarkannya?

Ya, anda dibenarkan mendaftar sebagai agen etopupBiz. Kami tidak menghalang mana-mana individu yang hendak mendaftar dan hanya menggunakan modal yang ada untuk kegunaan sendiri sahaja. Bahkan anda boleh berjimat sekiranya berbuat demikian :)

12] Adakah saya perlu menggunakan nombor center server yang berlainan mengikut talian yang ingin di tambah nilai (jika topup mengunakan SMS)?

TIDAK. Anda hanya perlu menggunakan SATU nombor center sahaja untuk tambah nilai apa jua jenis talian pelanggan anda. Contohnya, anda mendaftar nombor celcom dengan server AAMOBILETOPUP, jadi anda hanya perlu pilih salah satu nombor center celcom kami dan hanya gunakan satu nombor center itu sahaja untuk topup apa jua nombor.