16 July 2012

Tip Berjimat Dengan Kredit Handphone


Berikut ada beberapa tips yang mungkin berguna dalam penjimatan kredit handphone.

  • Jangan guna handphone. Pakai je public phone. Ok ke? Kalau public phone tak bolehlah nak message awek kan? Hakikatnya kalau anda guna public phone anda akan dapat berjimat banyak. Tapi banyak juga disadvantage kalau takde handphone.
  • Berkhemah dalam penggunaan handphone. Rasanya kalau jenis orang yang tak suka berborak dan bergosip pastinya takkan cakap lama-lama di telefon.
  • Kalau nak bercakap dengan jiran depan rumah jerit je dari jauh. Tak perlu guna handphone.Hehe...
  • Sekat penggunaan handphone anak-anak. Terutamanya yang sekolah rendah dan menengah. Yang sekolah menengah ni lazimnya guna handphone untuk mengurat atau bercinta saja. :D
  • Jumlah topup sesuai dengan penggunaan bulanan. Kalau habis awal tak payah topup lagi (bagi yang kuat iman ni)
  • Jangan telefon orang tanpa sebab. Tapi anda tak perlukan sebab untuk telefon kedua ibu bapa anda di kampung.:D
  • Topup sekali banyak. Contohnya RM50 ke untuk sebulan. Jadi kos minyak ke kedai dan kos overhed akan berkurangan.
  • Elakkan penggunaan telefon pintar. Jangan bagi anak-anak anda handphone yang canggih. Nanti mereka ni keje download game, lagu dan sebagainya (yang tua-tua sekarang pun buat juga:)).
  • Jangan gunakan aplikasi yang mahal-mahal dan menghabiskan duit macam 3G, GPRS, hantar gambar MMS dan sebagainya (benda-benda tak brapa penting).
  • Sekiranya penggunaan bulanan melebihi RM50 mungkin sekiranya sekitar RM70 atau RM80 anda boleh pertimbangkan untuk beralih kepada postpaid.

Kesimpulannya, anda perlu tahu had penggunaan yang sepatutnya dan mesti tetapkan pendirian dalam mengawal perbelanjaan terhadap barang-barang tidak perlu terutamanya dalam penggunaan handphone.

Tips tambahan: kurangkan makan di restoran makanan segera kerana di situ saja duit anda sudah melayang untuk bayar cukai kepada kerajaan (Kepada yang suka makanan segera mesti dia cakap….apa aku kesah!..asalkan sedap!)

P/s: Sekiranyanda berasa artikel ini bermanfaat untuk dibaca ole orang lain. Apalah salahnya jika anda kongsikan di Facebook atau twitter anda.