Pages

26 June 2012

Panduan Menggunakan Web Reporting | Semak segala transaksi anda di sini |

Apakah itu 'Web Reporting'?
Mungkin ramai anda yang tidak beberapa faham apakah sebenarnya  'Web Reporting' dan fungsinya. Web Reporting adalah website di mana semua agen topup A&A Mobile menyemak segala transaksi-transaksi yang telah dibuat dari mula menjadi agen hingga sekarang. Web Reporting ini umpama buku log atau catatan yang merekodkan segala aktiviti berkaitan topup anda. Selain itu, website ini juga digunakan untuk membantu anda untuk membuat analisis perkembangan bisnes topup  anda.

Okay, berikut adalah sedikit sebanyak cara bagaimana untuk menggunakan website tersebut.

Mula-mula anda kena pergi ke website Web Reporting terlebih dahulu iaitu webreporting.dyndns.org:1000.



Cara-cara untuk login ke Web Reporting


1. Semak dan pastikan website betul baru anda login.
2. Taipkan ID Agen anda yang anda terima semasa pendaftaran dahulu. Anda digalakkan untuk menghafal ID anda supaya memudahkan anda untuk login tanpa perlu mencari lagi.
3. Masukkan nombor handphone yang didaftarkan dan jangan lupa letak '6' sebelum nombor handphone anda. Bagi yang sudah mendaftarkan ID Yahoo Messenger mereka, boleh taip di sini bagi menggantikan no handphone.
4.  Taipkan no pin anda, biasanya 1234 melainkan anda menukarnya.
5. Untuk pengesahan, sila seretkan objek yang diminta kedalam ruang bulatan terebut (anak panah). Sekiranya semua telah betul, anda klik pada login.


Menu Utama dalam Web Reporting


1. Pada laman utama,  anda boleh melihat maklumat agen anda antaranya ID agen, alamat, baki topup/modal, komisen, tarikh mendaftar dan transaksi terakhir anda.
2. Untuk Tab ke-2, anda boleh melihat dan menyemak 10 transaksi terakhir  topup anda.
3. Bagi Tab ke-3, di sini anda boleh menyemak 10 transaksi tambah modal anda.
4. Menu 'Desktop' untuk memaparkan muka depan Web Reporting .
5. Menu 'Format' untuk memaparkan panduan untuk membuat transaksi melalui SMS/YM .
6. Menu 'Inbox' untuk menunjukkan log SMS/YM yang agen hantar ke nombor server  .
7. Menu 'Outbox' untuk menunjukkan log SMS/YM yang server hantar kepada agen.
8. Menu 'Mutasi' untuk menunjukkan log SMS/YM yang berkenaan topup modal agen.
9. Menu 'Transaksi' akan memaparkan rekod aktivit topup /reload agen kepada pelanggan.
10.  Bagi anda yang ingin menyemak senara dowline boleh pilih menu 'downline'. Anda juga boleh menyemak baki terkini downline anda.
11. Anda boleh menyemak senarai produk A&A Mobile beserta harga yang terbaru.
12. Selain menyemak transaksi, anda boleh menganalisa produk yang paling banyak dijual, grafik jualan anda dari bulan ke bulan dengan memilih menu 'Grafik'.
13. Jika anda ingin keluar, klik pada menu 'logout'.

Format-format SMS/YM yang anda harus ikut
Anda digalakkan untuk save format SMS/YM ini dalam bentuk PDF/Excel bagi memudahkan anda membuat rujukan offline terutama yang hanya mengggunakan SMS sahaja. 

Ini adalah contoh SMS yang telah dihantar oleh agen ke no server
Bagi transaksi anda hantar ke no server, anda boleh menyemak sebulan sekali untuk melihat SMS/YM yang telah dihantarkan. Boleh di save sebagai PDF/Excel juga.

Ini adalah contoh SMS yang telah dihantar oleh server ke no agen

Sementara ini pula SMS/YM yang akan dihantar oleh server kepada agen topup dan segala aktiviti topup ada di sini,samada berjaya atau tidak.


Aliran Modal anda secara debit dan kredit
Dalam menu 'Mutasi' iaitu segala urusniaga samada topup@ reload dan tambah modal boleh disemak secara terperinci. Boleh semak berapa jumlah jualan anda dan modal yang digunakan.




Menu transaksi ini khas untuk urusniaga topup sahaja
Menu 'Transaksi' akan memaparkan rekod topup hp pengguna beserta status dan no siri.


Jumlah Downline anda


Semak jumlah serta baki modal jaringan downline anda melalui menu 'downline'.



Harga kepada agen 
Harga yang ditawarkan kepada ahli topup sangat murah berbanding dengan syarikat topup lain. Check3 it.

Lihat grafik jualan agen yang lengkap
Agen boleh menyemak produk yang paling banyak dijual berdasarkan bulan-bulan. Anda boleh juga melihat jumlah jualan melalui transaksi yang telah dibuat.

SUDAH BERSEDIA UNTUK MENJADI AGEN TOPUP??